Friday, 14 December 2012

Japanese Language Profeciency Test (JLPT) 2013

Perhatian kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 2013 Bahasa Jepun. Satu laman sesawang untuk mengetahui peperiksaan awam Bahasa Jepun yang dijalankan di seluruh dunia iaitu NIHONGO ICHIBAN. Sensei galakkan pelajar layari bahagian N5 kerana terdapat info dan latihan-latihan untuk Bahasa Jepun Asas. Sila layari laman web ini (lihat Capaian Lain) untuk cabar pengetahuan Bahasa Jepun anda dan jumpa sensei sekiranya hadapi masalah. Semoga tahun hadapan dapat menduduki peperiksaan JLPT ini di Kuala Lumpur dengan bayaran individu RM80.00. 

Aktiviti Bergambar Persatuan 2012 - Kunjung Balas Jaringan Bahasa Antarabangsa


Latihan Asas Hiragana Katakana & Video Pengenalan Diri

Sensei telah muat naik latihan hiragana dan katakana untuk latihan asas. Latihan ini baik untuk pengukuhan. Sensei juga muat naik video bagaimana cara membuat pengenalan diri dalam Bahasa Jepun. みてくださいね。

Thursday, 13 December 2012

Keputusan Pertandingan Karnival Kokurikulum 2012

Pertandingan My Blog-Nihongo
Johan : Nurfaiezah bt Rezal (3 Bumi)
Naib Johan : Nur Haziqah bt Sa'adon (3 Bumi)
Ketiga : Syahmina bt Sapuan (3 Bumi)

Pertandingan Ichiban Nippon
Johan : Yayoi Ishikawa (5 Zuhrah)
Naib Johan : Celine Yan (1 Marikh)
Ketiga : Noor Ain Affnanie (2 Marikh)

Pertandingan Utsukushi
Johan : Fong Qian Hua (1 Marikh)
Naib Johan : Elaine Tong Yong Yee (3 Neptune)
Ketiga : Chea Jie Ying (1 Marikh)

みなさん、おめでとうございます。

Tuesday, 18 September 2012

Senarai Pertandingan Sempena Karnival Koko 2012

Berikut adalah senarai pertandingan mengikut tingkatan;
Tingkatan 3 : My Blog : Nihongo
( Sila masukkan butiran diri, aktiviti tahunan, pautan laman yang menarik dan kreativiti yang menggambarkan budaya Jepun. Gambar aktiviti tahunan boleh ambil daripada sensei. Tarikh akhir 27.09.2012 )
Tingkatan 2 : Ichiban Nippon
( Pertandingan berbentuk kuiz umum mengenai Jepun - soalan objektif. Sila bawa alat tulis sendiri. Dijalankan pada 29.09.2012 di Yuki Shitsu pada jam 8.30 pagi. )
Tingkatan 1 : Utsukushii
( Pertandingan tulisan cantik. Pelajar perlu menyalin semula perenggan ayat dalam bahasa Jepun yang mengandungi tulisan Hiragana, Katakana dan Kanji. Sila bawa alat tulis sendiri. Dijalankan pada 29.09.2012 di Yuki Shitsu pada jam 9.00 pagi. )

Tuesday, 11 September 2012

Latihan Online

Perhatian kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2. Sensei telah menemui laman latihan secara online yang dikenali sebagai edmodo. Harap kita dapat menggunakannya secepat mungkin di Makmal Bestari.

Saturday, 8 September 2012

Aktiviti Bergambar Persatuan 2012 - Pakaian Yukata

Aktiviti Bergambar Persatuan 2012 - Masakan Sarada

Aktiviti Bergambar Persatuan 2012 - Masakan Makizushi dan Onigiri

Aktiviti Bergambar Persatuan 2012 - Malam Irama UTHM



Aktiviti Bergambar Persatuan 2012 - Lawatan ke JFKL

Aktiviti Bergambar Persatuan 2012 - Bilik Bahasa


Aktiviti Bergambar Persatuan 2012 - Charade



Makluman Pertandingan Hari Karnival Kokurikulum 2012

Sempena Hari Karnival Kokurikulum 2012, Persatuan Bahasa Jepun akan menjalankan pertandingan 'My Blog-Nihongo' Blog individu yang memuatkan maklumat dan aktiviti Bahasa Jepun sepanjang tahun 2012 ini hanya terbuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti Bahasa Jepun sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Azmi Sensei dengan kadar segera.

Thursday, 6 September 2012

MALAM IRAMA ANTARABANGSA UTHM - ASIA

Persembahan yang telah memenangi hati juri ' Most Inspiring Performance '