Wednesday, 3 April 2013

MAJLIS MAKAN MALAM

Pada 1 April 2013 yang lalu, Kelab Bahasa Jepun UTHM telah menjemput Persatuan Bahasa Jepun sekolah menyertai satu majlis Makan Malam  bagi meraikan deligasi dari Seishin Girl's School, Kurashiki Jepun. Seramai 5 orang pelajar sekolah terpilih untuk menyertai majlis ini. Pelbagai acara disediakan oleh pihak penganjur bagi memberi ruang peserta-peserta berinteraksi dan bertukar-tukar fikiran serta pengalaman budaya. Semoga program-program  sebegini dapat diteruskan bagi memberi peluang pelajar-pelajar membina keyakinan dan motivasi dalam  mempelajari bahasa ketiga ini.

Menyambut kehadiran deligasi Jepun

Persembahan Zapin oleh Pusat Kebudayaan UTHM

Seronok bertukar-tukar pendapat dan pengalaman

Belajar menari Tarian Zapin


Gambar kenangan. Pelajar Jepun semuanya terdiri daripada pelajar Tingkatan 4

Semoga bertemu lagi...

Monday, 11 March 2013

JAPANESE SPEECH CONTEST

'Japanese Speech Contest' Zon Selatan telah diadakan di Kolej Tengku Kursiah, Negeri Sembilan pada 9 Mac 2013 yang lalu. Pertandingan ini menggabungkan sekolah-sekolah yang menawarkan Bahasa Jepun bagi tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Pelajar Bahasa Jepun sekolah ini iaitu Yap Jia Ling, 4 Bumi telah terpilih mewakili sekolah dan berjaya menggondol Naib Johan bagi pertandingan yang baru pertama kali sekolah kita sertai. Kejayaan ini telah membolehkan beliau mewakili Zon Selatan ke peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung sekitar bulan April di Japan Club, Kuala Lumpur. Tahniah Yap! Semoga beroleh kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.









Tuesday, 26 February 2013

Latihan EDMODO

Berita menggimbirakan bagi pelajar-pelajar tingkatan 2 dan 3. Latihan EDMODO secara online telah sensei aktifkan semula dengan penambah-baikan. Setiap soalan mempunyai tulisan kana dan romaji. Oleh itu jika kana masih tidak boleh dibaca, pelajar-pelajar boleh merujuk kepada tulisan romaji. Tarikh akhir membuat latihan adalah 30 Mac 2013. Selamat mencuba.

PROGRAM PANITIA BAHASA JEPUN 2013

Berikut adalah program-program yang telah dirancang dan pelaksanaan sehingga penghujung bulan Februari ini.
  1. Ujilim : Telah dapat dijalankan setiap kali P&P berlangsung. Ujilim terdiri daripada Ujian Kosakata, Ujian Kanji dan Ujian Lisan.
  2. Topikku Pro : Masih belum dijalankan lagi. Akan mula dilaksanakan pada minggu pertama Bulan Mac. Merupakan latihan bertulis menguji kemahiran setiap topik dan dijawab dalam masa 30 minit.
  3. Mentor Mantee : Masih belum dijalankan lagi. Akan mula dijalankan pada minggu kedua bulan Mac. Mentor dan mantee akan dikumpulkan di Bilik Yukishitsu dan dipantau oleh guru. Dijalankan pada setiap hari Isnin 2.30 - 3.30 petang. Pelajar-pelajar yang berminat untuk menjadi mentor boleh berjumpa sensei. Markah bonus dan kelebihan dalam aktiviti ko-akademik akan diberikan.

Wednesday, 2 January 2013

2013のおしょうがつおめでとうございます

Selamat menyambut tahun baru 2013. Semoga punyai azam baru yang mampu meningkatkan kualiti dan potensi diri. Untuk makluman semua pelajar, kelas-kelas bahasa Jepun akan dijalankan di dalam Makmal Bahasa Jepun ゆきしつ. Harap pada tahun ini P&P dalam ICT dapat dimanfaatkan secara optima. Bagi pelajar tingkatan 4, kelas Bahasa Jepun akan dijalankan pada setiap Khamis jam 3.00 hingga 4.30 petang. Harap maklum.

Friday, 14 December 2012

Japanese Language Profeciency Test (JLPT) 2013

Perhatian kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 2013 Bahasa Jepun. Satu laman sesawang untuk mengetahui peperiksaan awam Bahasa Jepun yang dijalankan di seluruh dunia iaitu NIHONGO ICHIBAN. Sensei galakkan pelajar layari bahagian N5 kerana terdapat info dan latihan-latihan untuk Bahasa Jepun Asas. Sila layari laman web ini (lihat Capaian Lain) untuk cabar pengetahuan Bahasa Jepun anda dan jumpa sensei sekiranya hadapi masalah. Semoga tahun hadapan dapat menduduki peperiksaan JLPT ini di Kuala Lumpur dengan bayaran individu RM80.00. 

Aktiviti Bergambar Persatuan 2012 - Kunjung Balas Jaringan Bahasa Antarabangsa