Pada 1 April 2013 yang lalu, Kelab Bahasa Jepun UTHM telah menjemput Persatuan Bahasa Jepun sekolah menyertai satu majlis Makan Malam bagi meraikan deligasi dari Seishin Girl's School, Kurashiki Jepun. Seramai 5 orang pelajar sekolah terpilih untuk menyertai majlis ini. Pelbagai acara disediakan oleh pihak penganjur bagi memberi ruang peserta-peserta berinteraksi dan bertukar-tukar fikiran serta pengalaman budaya. Semoga program-program sebegini dapat diteruskan bagi memberi peluang pelajar-pelajar membina keyakinan dan motivasi dalam mempelajari bahasa ketiga ini.
Menyambut kehadiran deligasi Jepun
Persembahan Zapin oleh Pusat Kebudayaan UTHM
Seronok bertukar-tukar pendapat dan pengalaman
Belajar menari Tarian Zapin
Gambar kenangan. Pelajar Jepun semuanya terdiri daripada pelajar Tingkatan 4
Semoga bertemu lagi...