Berikut adalah senarai pertandingan mengikut tingkatan;
Tingkatan 3 : My Blog : Nihongo
( Sila masukkan butiran diri, aktiviti tahunan, pautan laman yang menarik dan kreativiti yang menggambarkan budaya Jepun. Gambar aktiviti tahunan boleh ambil daripada sensei. Tarikh akhir 27.09.2012 )
Tingkatan 2 : Ichiban Nippon
( Pertandingan berbentuk kuiz umum mengenai Jepun - soalan objektif. Sila bawa alat tulis sendiri. Dijalankan pada 29.09.2012 di Yuki Shitsu pada jam 8.30 pagi. )
Tingkatan 1 : Utsukushii
( Pertandingan tulisan cantik. Pelajar perlu menyalin semula perenggan ayat dalam bahasa Jepun yang mengandungi tulisan Hiragana, Katakana dan Kanji. Sila bawa alat tulis sendiri. Dijalankan pada 29.09.2012 di Yuki Shitsu pada jam 9.00 pagi. )
Tuesday, 18 September 2012
Tuesday, 11 September 2012
Latihan Online
Perhatian kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2. Sensei telah menemui laman latihan secara online yang dikenali sebagai edmodo. Harap kita dapat menggunakannya secepat mungkin di Makmal Bestari.
Saturday, 8 September 2012
Makluman Pertandingan Hari Karnival Kokurikulum 2012
Sempena Hari Karnival Kokurikulum 2012, Persatuan Bahasa Jepun akan menjalankan pertandingan 'My Blog-Nihongo' Blog individu yang memuatkan maklumat dan aktiviti Bahasa Jepun sepanjang tahun 2012 ini hanya terbuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti Bahasa Jepun sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Azmi Sensei dengan kadar segera.
Thursday, 6 September 2012
MALAM IRAMA ANTARABANGSA UTHM - ASIA
Persembahan yang telah memenangi hati juri ' Most Inspiring Performance '
Subscribe to:
Posts (Atom)