'Japanese Speech Contest' Zon Selatan telah diadakan di Kolej Tengku Kursiah, Negeri Sembilan pada 9 Mac 2013 yang lalu. Pertandingan ini menggabungkan sekolah-sekolah yang menawarkan Bahasa Jepun bagi tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Pelajar Bahasa Jepun sekolah ini iaitu Yap Jia Ling, 4 Bumi telah terpilih mewakili sekolah dan berjaya menggondol Naib Johan bagi pertandingan yang baru pertama kali sekolah kita sertai. Kejayaan ini telah membolehkan beliau mewakili Zon Selatan ke peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung sekitar bulan April di Japan Club, Kuala Lumpur. Tahniah Yap! Semoga beroleh kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.







No comments:
Post a Comment